Facebook: 2012

Thursday 14 June 2012

Kemajuan VS Kehidupan manusia

Apabila dikatakan tentang kemajuan, kehidupan kita semakin mudah akibat munculnya internet dan juga laman sosial. Ianya memudahkan kita untuk mencari maklumat dan menghubungkan kita dengan rakan-rakan lama dan memperkenalkan kita kepada rakan maya yang baru.
Namun begitu, harus di ingatkan janganlah sehingga ianya memakan diri sendiri dan menyebabkan kita lalai dalam melakukan tugasan harian. Kita semakin alpa apabila pada setiap masa kita ingin melawat rakan di alam maya sehingga tidak bertegur sapa dengan jiran dan rakan walaupun mereka hanya berada di sebelah rumah. 
Kisah yang berlaku ini menjadi teladan buat kita semua....:)

Langkah Keselamatan

Dewasa ini, semakin banyak kes penipuan di Facebook dan juga akaun yang digodam. Mangsa mendakwa bahawa Facebook mereka ada yang tidak dapat dibuka, dan juga ada yang mempunyai virus. Oleh itu, wajarlah supaya kita berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya kita tidak menjadi mangsa mereka. Mereka yang mengodam akaun orang lain adalah mereka yang tidak bertanggungjawab.
Oleh itu rakan-rakan saya berikan tips dan langkah bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penggodam akaun Facebook.

Wednesday 13 June 2012

"facebook dan digodam"

Kemajuan teknologi telah membuka satu istilah baru yang dikenali sebagai "godam". Godam dalam dunia siber sama seperti tindakan menjatuhkan orang lain dalam dunia realiti. Tindakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan cuba menjatuhkan orang lain. Sebagai contoh laman sosial stesen radio Hotfm yang digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pada pandangan saya tindakan ini boleh dikatakan sebagai satu tindakan yang tidak bermoral kerana mempunyai unsur-unsur hasad dengki yang boleh menimbulkan pecah-belah. Motif tindakan tersebut juga masih belum dikenal pasti. Selain itu tindakan tersebut juga sedikit sebanyak mengganggu urusan Hotfm dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna

Namun dengan kebijaksanaan yang ada pada mereka, telah diadakan satu peraduan dimana individu yang ke- sejuta menjadi "pengelike" laman sosial Hotfm yang baru akan mendapat hadiah yang lumayan. Melalui cara ini Hotfm dengan mudah mendapatkan semual peminat mereka yang hilang selepas laman sosial merek di godam

Kesimpulannya disini, sikap seperti ini seharusnya tidak berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Kepakaran yang di miliki seharusnya digunakan dengan cara yang baik. Masalah ini telah menyebabkan pengguna laman sosial hilang kepercayaan kerana khuatir maklumat mereka juga akan di godam. Oleh itu sebagai pengguna harus berwaspada dalam menggunakan laman sosial dan tidak mudah percaya sekiranya diminta untuk menyerahkan "pasword" anda. :-)

Isu keagamaan dalam facebook.



Tidak dapat dinafikan bahawa facebook merupakan tempat untuk sesetengah individu mengeluarkan pendapat, bertanyakan soalan malah meluahkan perasaan. Tidak kiralah suka atau duka, geram atau tidak semua isi hati akan dinyatakan di dalam facebook. Namun apa yang menyedihkan adalah terdapat segelintir pengguna facebook yang “jahil”. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengguna facebook yang menggunakan bahasa yang kesat, menghina agama lain, menggunakan untuk menjatuhkan orang lain. Perkara ini berlaku kerana mereka beranggapan bahawa facebook tersebut adalah hak milik mereka dan tidak ada sesiapa yang boleh menidakkan setiap tindakan yang dilakukan.
Harus difahami bahawa facebook merupakan laman sosial yang sama seperti teknologi yang lain iaitu mampu “digodam” untuk mendapatkan maklumat. Malah teman-teman di dalam facebook mempunyai peluang untuk melakuakan “copy and paste” setiap daripada tindakan yang kita lakukan untuk dijadikan bahan bukti kepada sesuatu kesalahan. Oleh hal yang demikian pengguna facebook seharusnya lebih peka dengan penggunaan perkataan. Harus difahami juga bahawa isu keagamaan merupakan isu yang sensetif dan jangan sesekali dinyatakan di mana-mana laman sosial.
Sebarang persoalan yang berkaitan dengan agama hendaklah disuarakan kepada mereka yang lebih pakar dengan berjumpa secara bersemuka dan bukannya dinyatakan did lam facebook atau laman sosial yang lain. Melalui tindakan ini akan hanya menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan akan menimbulkan huru-hara dalam masyarakat.
Melalui bacaan saya individu tersebut mungkin mempunyai kecelaruan dalam mendapatkan maklumat dan terlalu taksub dengan kepercayaan nya sendiri terhadap agama yang di anutinya. Sehinggakan dia menidakkan kewujuddan Allah malah dia juga mempersendakan Allah dalam komen nya. Satu lagi artikel yang menghina Nabi Muhammad juga boleh dijadikan sebagai ikhtibar.  Tindakan yang dilakukan oleh keduanya telah menimbulkan amarah dalam kalangan pengguna facebook yang beragama islam. Kesimpulannya memahami kuasa yang ada pada teknologi adalah harus bagi pengguna nya agar lebih peka dengan keadaan sekeliling dan tidak hanya melakukan tindakan secara “membabi buta”. Yang baik jadikan ikhtibar yang buruk jadikan sempadan J

Tuesday 12 June 2012

Khabar Angin facebook akan Ditutup


Facebook akan ditutup??? Tidak!!!!

            Begitulah reaksi yang dapat kitalihat apabila terdapat khabar angin berkaitan dengan poenutupan laman sosial terkenal iaitu “facebook”. Saya sendiri sebagai pengguna facebook terkejut dengan berita ini. hal ini demikian kerana facebook dewasa kini dilihat sebagai medium yang menggantikan fungsi “diari” suatu ketika dahulu. Setiap yang akan, sedang dan bakal dilakukan akan dinyatakan di dalam facebook.
            Tidak dinafikan bahawa facebook membawa kebaikkan dan keburukkan dalam kehidupan kita. Namun dengan kehadiran facebook membantu kita dalam mendapatkan kenalan lama dan baru dengan mudah. Seandainya benar facebook akan menutup operasinya maka secara tidak lansung kita akan kehilangan rangkaian persahabatan kita yang diperolehi melalui facebook.
            Khabar angin bahawa facebook akan ditutup dinyatakan sendiri oleh pemilik nya iaitu Mark Zuckerberg. Khabar angin tersebut menyatakan bahawa facebook akan ditutup pada 15 Julai 2012 dan berita ini mengejutkan seluruh dunia. Menurut berita yang diperolehi, facebook ditutup akibat masalah dalaman pengurusannya. Juga dinyatakan juga bahawa pemiliknya sendiri ingin kembali ke kehidupan asal beliau. Namun menurut Ketua Pegawai Operasi facebook, Sheryl Sandberg menyatakan bahwa facebook tidak akan dan tidak pernah mahu ditutup dan ini memberi sinar kegembiraan kepada pengguna facebook.
                   Melalui khabar angin ini dapat saya simpulkan bahawa, kita sebagai pengguna jangan terlalu bergantung dengan teknologi yang diberikan. Hal ini demikian kerana, melalui peristiwa ini kita dapat melihat bahawa teknologi bukan sesuatu yang bersifat kekal dan sentiasa akan berubah. Tidak mempunyai akuan facebook bukan bermaksud kita tidak maju tetapi kita akan lebih maju jika kita bijak mengendalikan teknologi dan bukan teknologi yang mengendalikan kita. Sekian terima kasih :-)

FACEBOOK ADDICTION !!!!

adakah anda tergolong antara salah seorang yang tertagih dengan Facebook?.. adakah anda berjaya untuk mengawal diri anda daripada melayari Facebook?.... dengan kemudahan yang ada, anda boleh mengakses facebook melalui handphone... dengan hanya bila-bila masa sahaja anda boleh men'update' status dan memberi komen di status rakan anda...

apakah perkara pertama yang anda lakukan setiap kali bangun pagi?.. ambil telefon bimbit dan menyemak facebook?... itu bukan perkara yang mustahil... kadang-kadang saya juga berbuat begitu, tetapi bukan lah tertagih, hanyalah sebagai "senaman" untuk bangun pagi... :-)..

untuk mengenalpasti adakah ANDA SEORANG YANG TERTAGIH dengan Facebook, boleh lihat langkah-langkah dan tips yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri dari menjadi pengguna Facebook yang tegar...

warga nigeria menipu di laman sosial...

sejak akhir-akhir ini, seringkali kita lihat dan dengar berita mengenai penipuan oleh warga Nigeria di laman sosial.. penipuan adalah dalam bentuk percintaan, wang dan sebagainya... 

merek dikatakan menjalinkan hubungan dengan wanita yang bersatatus janda dan kaya yang berusia 30 dan 50 tahun.... setelah dapat meyakinkan mangsa dengan kata-kata pujangga yang boleh mencairkan hati mana-mana wanita, mereka akan melakukan tindakan yang seterusnya iaitu membuat temujanji di suatu tempat.... melalui kes yang berlaku di Singapura, sumber kosmo online, setelah warga Nigeria itu membuat temujanji untuk berjumpa di Singpura, warga Nigeria itu akan menyatakan bahawa dia ditahan dalam pemeriksaan pintu masuk negara sebelum meminta mangsa memasukkan sejumlah wang yang kononnya sebagai bayaran denda atau suapan bagi membebaskannya....

akibat terlalu sayang dan percaya, mangsa tanpa berfikir terlebih dahulu akn terus memasukkan wang ke dalam akaun kekasihnya itu sebelum menyedari dia telah ditipu...

oelh itu, berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan orang yang kita baru kenali... kerana kemudian hari nanti, ianya mungkin boleh membawa padah kepada kita....

facebook boleh membawa padah!

kini, seringkali kita dengan dan lihat samada melalui berita di TV, radio atau suratkhabar mengenai kes-kes yang melibatkan facebook,.. dengan tersebarnya kes-kes ini, masih ada lagi remaja di luar sana yang tidak mengambil pengajaran melalui peristiwa malang yang berlaku sekarang,.... sepatutnya mereka mengambil iktibar daripada kes-kes ini supaya kejadian yang tidak diinginit dapat dielakkan.... melalui perkenalan di Facebook, ada yang tertipu dengan kata-kata manis dan juga janji-janji manis yang dinyatakan oleh pihak sebelah.... pengguna Facebook mudah terpedaya dengan janji manis dan kata-kata cinta yang dikatakan oleh lelaki-lelaki miang di facebook....

malah lebih menyedihkan lagi, bila ada kes di mana gadis tersebut sanggup menipu ibu untuk keluar bersama teman lelaki nya... teman lelaki tersebut adalah hasil perkenalan di Facebook... gadis tersebut telah dirogol dan dipaksa untuk melayan beberapa orang lagi sahabat lelaki tersebut....

oleh itu, gadis-gadis diluar sana, jangan lah terlalu percaya dengan orang yang baru dikenali, lebih-lebih lagi yang dikenali di laman sosial.... kerana di dalam laman sosial, kita tidak tahu apakah perangai dan sikap sebenar orang tersebut... untuk tidak menjadi mangsa kejadian, berhati-hati lah semasa menggunakan Facebook.....

Sunday 10 June 2012

Pengguna FB meningkat dari semasa ke semasa:

Pengguna FB pada hari ini dilihat meningkat dari masa ke semasa. Menurut halaman Socialbakers pengguna FB adalah seramai 700 juta bagi seluruh negara. Kajian juga membuktikan pengguna di Brazil membuka akaun sebanyak 1,949,700, dan menjadikan ia negara paling  tinggi membuat pendaftaran dan memasuki alam FB pada Mei 2011. Manakala, Indonesia, Filipina, Mexico, Argentina dan India merupakan antara 6 buah negara yang mengetengahkan ahli-ahli yang menyukai rangkaian sosial merujuk kepada 'signup data'.

Ancaman kepada rumahtangga - Facebook

       Seperti yang kita ketahui, Facebook sangat mempengaruhi kehidupan seseorang individu yang ketagih kepadanya. Pasti tidak lengkap rasa hidup kalau sehari tidak membuka akaun Facebook mereka. Bukan sahaja kepada golongan remaja dan dewasa, tetapi juga tidak ketinggalan juga pasangan yang sudah mempunyai suami isteri mahupun anak.
       Berdasarkan statistik, kira-kira 68% pasangan yang berkahwin di seluruh dunia berdepan dengan masalah kecurangan pasangan gara-gara wujudnya laman itu dan tanpa disedari ia juga menyebabkan hubungan antara pasangan semakin renggang kerana kurangnya sudah komunikasi antara mereka.
       Facebook merupakan ancaman kepada sesiapa yang mempunyai pasangan terutamanya pasangan suami isteri. Melalui Facebook pasangan suami isteri boleh bergaduh, berlakunya penceraian dan banyak lagi. Kita semua sedari bahawa Facebook mampu mempertemukan kita dengan kenalan lama, tidak ketinggalan bekas kekasih. Tetapkan iman dan hati, setia pada yang satu. :p

Renung-renungkan dan selamat membaca ^.^v
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ancamanketagihanfb/Article/index_html

AWAS! Jangan mudah percaya...



       Berkenalan melalui Facebook??? Tidak salah untuk berkenalan dalam menambahkan rakan, tetapi haruslah berhati-hati jangan sampai terlalu mudah untuk percaya kenalan melalui alam maya. Remaja pada masa kini sangat aktif dalam mencari kenalan dan pasangan melalui laman sosial ini. Mereka mengambil mudah akan perkara tersebut tanpa memikirkan risiko yang mereka ambil. Lebih-lebih lagi bagi yang belum pernah merasakan nikmat bercinta, pasti akan jatuh dan tergoda dengan kenalan alam mayanya. Itulah puncanya perkara seperti kes rogol, menipu duit dan sebagainya terjadi dek kerana sikap mudahnya mempercayai seseorang melalui Facebook.
            Dalam hal ini juga, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mengawal pergerakan anak-anak terutamanya golongan remaja kerana pemikiran mereka masih mentah dan tidak tahu akan risiko yang berada didepan mata mereka yang mereka sendiri tidak tahu.

Jom...baca dan renungkan kisah ini. 

Pengaruh Laman sosial Facebook

Melayari facebook untuk berhubung sememangnya suatu pekara yang mengasyikkan. Statistik mengatakan lebih 800 juta pengguna aktif FB dan separuh daripadanya melayari laman itu setiap hari. pelbagai pengaruh yang datang daripada FB ini sama ada positif mahupun negatif. Jenayah siber turut dikaitkan dengan penggunaan FB. Pelbagai isu dikaitkan dengan pengaruh FB contoh pornografi, buli siber dan sebagainya. Pengguna FB perlu ada etika dan peraturan. tepuk dada tanya selera....=)

Monday 21 May 2012

Privasi facebook anda diceroboh?

Macam-macam boleh terjadi. Janganlah anda mudah terpengaruh dengan orang yang tidak dikenali dalam facebook. Anda mungkin jadi mangsa keadaaan seperti pencerobohan akaun dan gambar yang tidak sepatutnya.. Kenali rakan facebook anda ok... Pesanan supaya berhati-hati dalam menambah dan menerima kenalan facebook anda... :)

Statistik facebook di Malaysia

Laman sosial Facebook merupakan yang paling banyak digunakan.  Anda tahu berapa ramai sudah pengguna Facebook di Malaysia sekarang? Dikatakan pengguna Facebook di Malaysia sudah semakin meningkat..... Adakah anda mungkin tergolong dalam senarai pengguna tersebut?? :)

Sunday 20 May 2012

Facebook, dunia muka buku dan peristisnya

Siapa yang boleh meramal masa depan sendiri?

bercerita tentang facebook, atau mungkin ada juga yang menggelarkannya sebagai muka buku (pandangan peribadi saya, sangat janggal bunyinya...hehehe), kita tidak dapat lari dari perintis kepada fenomena ini, iaitu Mark Zuckerberg

Wednesday 16 May 2012

Jaga privasi anda.. :)




Anda mungkin tidak sedar bahawa  privasi dan maklumat anda diceroboh di facebook oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh kes penipuan yang dilakukan oleh ceti haram atau Along menggunakan taktik baru dengan mendapatkan maklumat peribadi orang ramai yang diperoleh menerusi laman sosial Facebook dan menjadikan penjawat awam di Lembah Klang sebagai mangsa mereka.

Oleh itu, jaga privasi dan maklumat peribadi anda dalam Facebook demi keselamatan anda..:)





Kesan Facebook Dalam Kehidupan Harian

       
        Berdasarkan maklumat dari link di bawah, saya mendapati bahawa terdapat beberapa kesan dari penggunaan facebook terutama sekali di negara kita. Antara kesan Facebook kepada kita ialah kurangnya produktiviti dari golongan pekerja. Sibuk menghadap Facebook setiap hari dan seolah-olah sudah menjadi rutin harian bagi kita, sedikit sebanyak mengganggu produktiviti yang kita keluarkan sebagai seorang pekerja mahupun pelajar. Selain itu, krisis rumah tangga, cinta dan kawan juga berkemungkinan akan berlaku dek kerana penggunaan Facebook yang tidak berwaspada.

      Tidak ketinggalan juga ia boleh menggugat keamanan negara terutama sekali bagi yang terlalu taksub terhadap politik sehingga terjadinya pergaduhan dan isu politik. Seterusnya, Facebook juga boleh menjatuhkan maruah dengan memfitnah seseorang melaluinya kerana ia bersifat sangat terbuka. Dan Facebook juga menyebabkan berlakunya penipuan terhadap rakyat negara kita terutama sekali kepada golongan wanita yang ditipu oleh warga asing.
       
       Kesimpulannya, pada pendapat saya Facebook sedikit sebanyak akan mengganggu kehidupan seharian kita malah kita sudah mengganggap ianya sebagai satu rutin wajib yang perlu dibuat setiap hari. Terutama sekali kepada golongan pekerja dan pelajar, dek kerana Facebook semua kerja diketepikan dan akhirnya terbengkalai begitu sahaja. Akan tetapi, ianya tidak akan menjadi satu masalah sekiranya seseorang itu bijak mengatur masa dan serta bijak menggunakannya.

http://ronaldmohoni.com/tag/isu-facebook/

'Chat' di Facebook.. apakah kegunaannya??

facebook juga menawarkan aplikasi 'chat' iaitu berbual secara di atas talian... dengan 'chatting' di facebook, anda boleh berkongsi pengalaman dengan kawan anda secara 1 to 1 dengan kawan di atas talian anda... 'chat' juga boleh dilakukan secara kumpulan apabila anda menjadi ahli dalam sesuatu 'group itu'.. 'chat' secara kumpulan juga boleh membantu anda terutamanya pelajar untuk berbincang mengenai tugasan dan sebagainya.. ini membantu pelajar supaya senang dan mudah untuk memberikan idea.. selain itu, ia juga boleh menjimatkan kos kredit.. hihihi... :)

gambaran apabila anda menggunakan aplikasi 'chat' di facebook....

satu lagiii.... :)

Ini Facebook

Anda kenal ini???.. heheh... ini adalah 'MUKA DEPAN' bagi 'MUKA BUKU"... cara mendapatkan page ini adalah dengan menaip www.facebook.com.. selepas itu, bagi yang telah ada akaun Facebook, boleh terus sign in dan bagi yang belum ada akaun, kenalah daftar dulu yee.... :)

selepas itu, boleh lah bergembira dan berduka dengan melayari Facebook.. enjoy!

KEBAIKAN RANGKAIAN SOSIAL.. (SOCIAL NETWORK)

rangkaian sosial merupakan sebuah kumpulan individu yang bersama dengan kumpulan tertentu...walaupun rangkaian sosial terdapat di mana-mana terutama sekali di sekolah, IPTA, tempat keja, restoran dan banyak lagi, rangkaian secara online adalah yang paling popular sekarang ini berikutan dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat... hal ini demikian kerana, kebanyakan daripada kalangan mereka adalah golongan yang begitu giat aktif bersosial secara di atas talian untuk mengembangkan persahabatan sebagai contoh...

rangkaian sosial adalah berkaitan rapat dengan penggunaan laman web. mempunyai ramai kawan merupakan salah satu contoh kelebihan rangkain sosial secara atas talian. antara kelebihan rangkain sosial adalah kos yang murah. hal ini demikian kerana, menggunakan rangkaian sosial di sekolah, IPTA dan di tempat kerja adalah kebiasaannya percuma...

selain itu, kelebihan rangkaian sosial yang seterusnya adalah membina hubungan... sebagai contoh, di dalam Facebook kita akan berkawan dengan kawan yang lain. hal ini akan membina persahabatan yang ramai tidak kira di dalam ataupun di luar negara... dengan ini, kita juga akan mengenali sikap seseorang itu...

untuk bacaan lanjut, anda boleh lihat link ini.. :)
http://www.everyday-wisdom.com/social-networking.html

Hubung Kait Facebook dengan Perilaku Jenayah



 Hubung kait facebook dan jenayah
Kajian yang dijalankan oleh David S.Wall (2205) menunjukkan bahawa facebook dan perilaku jenayah mempunyai hubung kai anatara satu sama lain. Dewasa ini kita melihat dengan kemudahan teknologi yang muncul maklumat-maklumat yang seharusnya ditapis sukar dikawal.

Sebagai contoh
1        Gambar dan video “porno”yang mudah didapati
2       Penipuan
3        Penyeludupan
4        Pemerdagangan manusia
5         Rogol dan aktiviti seks bebas

Ulasan contoh 5 :
Rogol dan aktiviti bebas berlaku apabila pengguna facebook mudah terpedaya dan meletakkan harapan sepenuhnya dengan perhubungan yang berlaku di “atas talian”.  Hal ini demikian kerana terdpat pengguna facebook yang mempunyai kualiti kehidupan sosial yang sangat rendah seperti mengalami masalah keluarga yang berpecah belah. Timbulnya kurang kasih sayany sehinggakan mudah percaya kepada tipu muslihat dalam “alam maya”. Perkara ini sering berlaku kepada remaja perempuan terutamanya. Oleh itu tiada jalan singkat bagi penyelesaian masalah ini melainkan dengan kerjasama dari semua pihak. Kehidupan yang baik serta persekitaran yang baik juga perlu kita sediakan kepada generasi akan dating bagi membanteras jenayah siber beleluasa.

Maklumat lanjut klik dibawah

FB: Rapatkan Jurang dan Perkaitan Modal Sosial.


Dalam jurnal yang ditulis oleh, Donath and boyd (2004) ia  adalah tentang bagaimana facebook merapatkan hubungan sosial masyarakat di Amerika khususnya golongan pelajar. Facebook juga dilihat membawa beberapa kesan dalam kehidupan penggunanya.Namun penggunaan Facebook dengan modal sosial tidak dijelaskan dengan lanjut.
Contoh:
1) Facebook membantu membina identiti peribadi dan ia dianggap sebagai motif utama.Penggunaan media ini membantu mendapatkan maklumbalas dalam"intrapersonal" dan penerimaan rakan sebaya. Malah, ia turut menyatakan bahawa facebook mempunyai kelainan yang menjadikan penggunanya gemar meninggalkan komen dan menyatakan malah berkongsi setiap maklumat yang kepada rakan lain dalam ‘the wall’.
Facebook juga dilihat memenuhi keperluan  maklumat pengguna.Iatu dari segi ‘new feed’ dan ‘mini feed’. Bagi ‘new feed’ ia adalah berita yang muncul pada laman utama pengguna manakala ‘mini feed’ ia adalah maklumta yang muncul dalam setiap profil individu.
http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1083-6101.2009.01474.x/pdf

Facebook punca Kemurungan


Menurut kajian facebook juga mampu memberikan kesan kemurungan kepada penggunanya.  Kajian ini dilakukan oleh Universiti Stony Brook yang menyatakan bahawa remaja banyak menghabiskan masa dengan melayari laman sosial facebook.

Menurut kajian tersebut juga pengguna facebook gemar untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam facebook. Hal ini demikian kerana facebook juga seperti laman social lain yang tidak menyatakan apa yang berlaku dalam dunia reality. Kerana sifat laman social sendiri yang bersifat “talian alam maya”. Dapatan kajian ini dipersetujui oleh Abby Abolt 16 tahun.

Selain itu, pengguna facebook juga gemar untuk mendapatkan jumlah rakan yang ramai dan mereka akan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan jumlah rakan yang ramai. Menurut  Dr. Joanne Davila dari Universiti Stony Brook masa yang banyak dihabiskan dengan facebook menyebabkan kemurungan berlaku dalam kalangan penggunanya.

Klik link dibawah :
http://berita-harian-online.com/sindrom-kemurungan-facebook-landa-remaja/

Hati-hati menggunakan facebook.


Satu contoh isu berkaitan kesan aplikasi laman sosial, dalam berita Kosmo Online menasihatkan pengguna internet supaya berhati-hati agar tidak meletakkan atau mendedahkan maklumat peribadi diri mereka. Kajian oleh IDC research menemukan bahawa pengguna internet Malaysia dijangka mencecah 20.4 juta pada tahun 2012.
Facebook mendakwa bahawa mereka memiliki 350 juta pengguna di setiap pelosok dunia dan memiliki lebih 10 bilion gambar yang dikongsi dalam pengguna rangkaian sosial. Laman sosial facebook dikunjungi 6.2 juta pengguna internet.
Laporan yang dikeluarkan oleh Sumber Media, Markmonitor bagi suku pertama tahun 2009 menunjukkan peningkatan hampir 240 peratus terhadap serangan phishing di Amerika Syarikat (AS) yang ditujukan terhadap perkhidmatan rangkaian sosial. Phising adalah aktiviti penggodaman internet. Setiap maklumat peribadi tersebut dikatakan boleh dijual di pasaran gelap pada harga AS$1 (RM3.80).Selain itu dari segi keselamatan, privasi dan juga identiti juga adalah sangat ditekankan ketika menggunakan laman facebook. 
 
Selamat membaca..:)

Tuesday 15 May 2012

Facebook:Personaliti dan Motivasi

Jurnal ini memaparkan isu berkaitan dengan personaliti dan motivasi si pengguna facebook.

Facebook adalah merupakan satu alat paling popular untuk komunikasi sosial. Seperti yang kita ketahui facebook adalah agak berbeza daripada rangkaian sosial yang lain kerana ia menunjukkan trend luar talian-ke talian. Malah, terdapat 5 kata kunci yang terdapat dalam jurnal ini iaitu:

1)Personality
2)Computer mediated communication (CMC)
3)Internet Use
4)Facebook
5)five factor model

Personaliti yang dimaksudkan dalam jurnal ini adalah personaliti pengguna facebook dan kecekapan penggunanya. Kita dapat melihat personaliti yang berbeza dalam diri pengguna facebook dan tahap kecekapan penggunaannya juga adalah berbeza.


Selain itu, jurnal ini turut mengulas mengenai penggunaan Social Networking Sites (SNS) bagi seseorang individu adalah untuk mencari orang lain yang berkepentingan sama, sama ada untuk tujuan romantik atau sosial. Saya berkeyakinan tinggi bahawa telah ramai pengguna facebook mengguna facebook sebagai medium mendapatkan teman romantik atau hanya untuk tujuan berkenalan atau sosial.
Untuk tujuan pembacaan lihatlah link ini:
 
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S074756320800235

Facebook Vs Twitter & MySpace


         Facebook, MySpace dan Twitter masing-masing merupakan satu jaringan sosial yang sering digunakan oleh warga seluruh dunia masa kini. Akan tetapi, masing-masing mempunyai fungsi, kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain mengikut kesesuaian penggunaanya.

         MySpace dan Facebook dikatakan mempunyai cara yang mudah bagi sesiapa yang mahukan ruang dalam alam maya atau Internet. MySpace mempunyai kelebihan pada bahagian dinding jaringannya dapat dibina mengikut kreativiti si pengguna, latar belakang yang mantap serta memasukkan lagu ke dalamnya. Selain itu, kedua-duanya juga boleh menerima pesanan dari sesiapa sahaja dan juga dapat menyekat atau menghalang sesiapa sahaja yang dirasakan mengancam dan mengganggu diri kita.

       Tetapi Twitter tidak dapat menandingi Facebook dari segi kemudahannya. Twitter boleh diklasifikasikan sebagai "micro blogging" iaitu merujuk kepada pesanan yang pendek dan saiz yang terhad oleh sistem tersebut. Pesanan yang boleh dihantar hanya terhad kepada 140 karakter sahaja dan ia sangat menjadi kekangan kepada sesiapa yang ingin menyampaikan sesuatu informasi kepada rakan kerana pesanan yang sangat pendek dan informasi sepenuhnya tidak dapat disampaikan.

         Twitter mempunyai kelebihan tertutup berbanding Facebook yang agak terdedah. Akan tetapi, Facebook sangat mudah digunakan dan pelbagai tujuan ketika penggunaannya. Facebook boleh digunakan untuk produk, kumpulan muzik, syarikat, perniagaan, iklan dan banyak lagi. Maka tidak hairanlah jika Facebook lebih menjadi tumpuan orang ramai dan tidak dinafikan setiap jenis jaringan sosial di atas mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

        


FACEBOOK: Jaringan sosial tertinggi di Malaysia

"Social networking sites have quickly become one of the most popular methods of communication (Lusted, 2011)".

        Seperti yang kita tahu, jaringan sosial memang sangat menjadi kegilaan masyarakat pada masa kini.  Malaysia sendiri turut mengalaminya dan tidak ketinggalan dalam mencuba dan menggunakan jaringan sosial yang ada di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace dan banyak lagi.

        Akan tetapi, Facebook telah mengatasi segalanya dan menjadi tempat pertama penggunaannya yang tertinggi di negara kita. Facebook telah mengambil alih kedudukan Friendster yang sebelum ini mendominasi pasaran jaringan sosial di Malaysia dengan populariti penggunaannya. Facebook telah menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat dengan segala kemudahan yang ada padanya seperti berkongsi foto, berkongsi maklumat, mencari kenalan baru, muat turun video dan banyak lagi.

       Malaysia merupakan negara keempat yang tertinggi penggunaan internet dan jaringan sosial. Kadar penembusan jaringan sosial dalam tahap agak tinggi berbanding negara lain. Negara kita telah mengalami perubahan bentuk komunikasi dalam pembentukan masyarakat.
       Tidak hairanlah jika Facebook mendapat kedudukan yang pertama di negara kita mahupun di seluruh dunia kerana ia dapat digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai tujuan iaitu sebagai informasi, komunikasi, perniagaan, pengajaran, pembelajaran, politik, perhubungan awam, iklan dan banyak lagi.
http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/articles/2726/JPMM2010_No2_FinalSitiEzaleilaMustafa&Azizahhamzah.pdf


Monday 14 May 2012

Facebook dan Pemalsuan Identiti

Dewasa ini kita acap kali mendengar berita pemalsuan identiti yang berlaku dalam laman sosial seperti facebook. Mengapa ini berlaku adalah persoalan yang perlu kita rungkaikan. Selebriti merupakan antara insan yang kerap kali mengalami perkara ini. Melalui kecanggihan teknologi kita dapat melihat betapa mudah nya seseorang menyamar atau menukar identiti. Hal ini demikian kerana, gambar selebriti mudah didapati melalui laman sosial dan sukar untuk seseorang selebriti untuk menyekat perbuatan penyamaran identiti ini.Selain itu perkhidmatan pendaftaran yang percuma memudahkan sesiapa sahaja untuk mencipta akaun baru untuk apa sahaja tujuan. Antara selebriti yang pernah mengalami maslah ini adalah Muhamad Haslam Abd Rahman atau Alam, Vanida Imran, Jehan Miskin dan sebagainya. Kesan daripada masalah ini, selebriti ini menerima tamparan hebat dari segi maruah dan tanggapan negatif daripada peminat. 

Kenapa ianya berlaku?? Adakah salah teknologi itu sendiri yang memudahkan segala urusan?? 

“McLuhan famously thought that the media are extension of the human sense”( Understanding New Media,2012, Eugenia Sapera, Sage Publication)"

Menurut McLuhan teknologi seperti media merupakan alat bagi manusia untuk mencari sesuatu, membuat sesuatu dengan mudah. Namun pada pendapat saya, self-regulation adalah perkara asas yang sangat penting kepada individu semasa menggunakan laman sosial. Sel-regulation akan membantu seseorang untuk mendisiplin kan diri semasa menggunakan laman sosial. Gejala pemalsuan identiti bukan disebabkan teknologi tetapi mereka yang mempunyai self-regulation yang rendah sering kali melakukan masalah ini untuk kepentingan sendiri. 





Facebook sebagai medium menyampaikan mesej alam sekitar

Penggunaan facebook juga amat membantu dalam menyebarkan mesej berkepentingan kepada orang ramai. Sebagai contoh, dalam artikel ini, kajian menyatakan penggunaan facebook dalam menyebarkan dan mempromosikan mesej tentang alam sekitar kepada orang ramai.
Oleh kerana, terdapatnya peningkatan dalam penggunaan facebook, maka haruslah bijak menggunakan laman sosial sebagai penyebar kepada mesej umum kepada orang ramai. Penggunaan facebook ternyata boleh mempengaruhi orang ramai dengan berkongsi video,ataupun gambar berkaitan alam sekitar.
Usaha yang diambil oleh badan ENGO ini merupakan salah satu permulaan yang baik.

Sunday 13 May 2012

KENALI FACEBOOK DAN PENGGUNAANNYA....

bagi anda yang telah memiliki akaun facebook, ini adalah panduan untuk anda... artikel ini menerangkan setiap satu 'muka' yang terdapat di dalam Facebook... antaranya adalah mengenai Gambar Profile, tetapan privasi, maklumat profil, dinding pengguna, mencari kenalan, album foto dan video, kumulan, acara, status dan mudah alih.... maklumat ini adalah berguna untuk kita yang menggunakan facebook...

Baik dan Buruk Facebook


Laman sosial Facebook bukan sahaja membawa kebaikan malah juga ada keburukannya.. oleh itu, pengguna Facebook harus tahu cara menggunakan Facebook dengan betul dan berhati-hati menggunakannya... renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

Kita lihat di sini.. http://www.searchinpdf.com/OBSES-DENGAN-LAMAN-WEB-SOSIAL-Gunners-S