Facebook: Facebook dan Pemalsuan Identiti

Monday 14 May 2012

Facebook dan Pemalsuan Identiti

Dewasa ini kita acap kali mendengar berita pemalsuan identiti yang berlaku dalam laman sosial seperti facebook. Mengapa ini berlaku adalah persoalan yang perlu kita rungkaikan. Selebriti merupakan antara insan yang kerap kali mengalami perkara ini. Melalui kecanggihan teknologi kita dapat melihat betapa mudah nya seseorang menyamar atau menukar identiti. Hal ini demikian kerana, gambar selebriti mudah didapati melalui laman sosial dan sukar untuk seseorang selebriti untuk menyekat perbuatan penyamaran identiti ini.Selain itu perkhidmatan pendaftaran yang percuma memudahkan sesiapa sahaja untuk mencipta akaun baru untuk apa sahaja tujuan. Antara selebriti yang pernah mengalami maslah ini adalah Muhamad Haslam Abd Rahman atau Alam, Vanida Imran, Jehan Miskin dan sebagainya. Kesan daripada masalah ini, selebriti ini menerima tamparan hebat dari segi maruah dan tanggapan negatif daripada peminat. 

Kenapa ianya berlaku?? Adakah salah teknologi itu sendiri yang memudahkan segala urusan?? 

“McLuhan famously thought that the media are extension of the human sense”( Understanding New Media,2012, Eugenia Sapera, Sage Publication)"

Menurut McLuhan teknologi seperti media merupakan alat bagi manusia untuk mencari sesuatu, membuat sesuatu dengan mudah. Namun pada pendapat saya, self-regulation adalah perkara asas yang sangat penting kepada individu semasa menggunakan laman sosial. Sel-regulation akan membantu seseorang untuk mendisiplin kan diri semasa menggunakan laman sosial. Gejala pemalsuan identiti bukan disebabkan teknologi tetapi mereka yang mempunyai self-regulation yang rendah sering kali melakukan masalah ini untuk kepentingan sendiri. 





1 comment:

  1. Ternyata sudah ramai yang turut menjadi mangsa penipuan facebook terutama dari segi penipuan identiti.
    http://www.hmetro.com.my/articles/Usahsalahgunafacebook/Article
    Satu lagi berita bertarikh 14 Mei 2012 yang juga menyatakan tentang kebimbangan agar jangan menyalahgunakan facebook kerana terdapat banyak perkara lain lagi yang lebih berfaedah seperti merapatkan hubungan dan sebagai medium untuk memulakan perniagaan.

    ReplyDelete