Facebook: Kesan Facebook Dalam Kehidupan Harian

Wednesday 16 May 2012

Kesan Facebook Dalam Kehidupan Harian

       
        Berdasarkan maklumat dari link di bawah, saya mendapati bahawa terdapat beberapa kesan dari penggunaan facebook terutama sekali di negara kita. Antara kesan Facebook kepada kita ialah kurangnya produktiviti dari golongan pekerja. Sibuk menghadap Facebook setiap hari dan seolah-olah sudah menjadi rutin harian bagi kita, sedikit sebanyak mengganggu produktiviti yang kita keluarkan sebagai seorang pekerja mahupun pelajar. Selain itu, krisis rumah tangga, cinta dan kawan juga berkemungkinan akan berlaku dek kerana penggunaan Facebook yang tidak berwaspada.

      Tidak ketinggalan juga ia boleh menggugat keamanan negara terutama sekali bagi yang terlalu taksub terhadap politik sehingga terjadinya pergaduhan dan isu politik. Seterusnya, Facebook juga boleh menjatuhkan maruah dengan memfitnah seseorang melaluinya kerana ia bersifat sangat terbuka. Dan Facebook juga menyebabkan berlakunya penipuan terhadap rakyat negara kita terutama sekali kepada golongan wanita yang ditipu oleh warga asing.
       
       Kesimpulannya, pada pendapat saya Facebook sedikit sebanyak akan mengganggu kehidupan seharian kita malah kita sudah mengganggap ianya sebagai satu rutin wajib yang perlu dibuat setiap hari. Terutama sekali kepada golongan pekerja dan pelajar, dek kerana Facebook semua kerja diketepikan dan akhirnya terbengkalai begitu sahaja. Akan tetapi, ianya tidak akan menjadi satu masalah sekiranya seseorang itu bijak mengatur masa dan serta bijak menggunakannya.

http://ronaldmohoni.com/tag/isu-facebook/

1 comment:

  1. Pergaduhan yang diakibatkan penggunaan facebook memang banyak berlaku.. Paling banyak berlaku dalam kalangan remaja..(pandangan saya sahaja)hehe..:)

    ReplyDelete