Facebook: Facebook Vs Twitter & MySpace

Tuesday 15 May 2012

Facebook Vs Twitter & MySpace


         Facebook, MySpace dan Twitter masing-masing merupakan satu jaringan sosial yang sering digunakan oleh warga seluruh dunia masa kini. Akan tetapi, masing-masing mempunyai fungsi, kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain mengikut kesesuaian penggunaanya.

         MySpace dan Facebook dikatakan mempunyai cara yang mudah bagi sesiapa yang mahukan ruang dalam alam maya atau Internet. MySpace mempunyai kelebihan pada bahagian dinding jaringannya dapat dibina mengikut kreativiti si pengguna, latar belakang yang mantap serta memasukkan lagu ke dalamnya. Selain itu, kedua-duanya juga boleh menerima pesanan dari sesiapa sahaja dan juga dapat menyekat atau menghalang sesiapa sahaja yang dirasakan mengancam dan mengganggu diri kita.

       Tetapi Twitter tidak dapat menandingi Facebook dari segi kemudahannya. Twitter boleh diklasifikasikan sebagai "micro blogging" iaitu merujuk kepada pesanan yang pendek dan saiz yang terhad oleh sistem tersebut. Pesanan yang boleh dihantar hanya terhad kepada 140 karakter sahaja dan ia sangat menjadi kekangan kepada sesiapa yang ingin menyampaikan sesuatu informasi kepada rakan kerana pesanan yang sangat pendek dan informasi sepenuhnya tidak dapat disampaikan.

         Twitter mempunyai kelebihan tertutup berbanding Facebook yang agak terdedah. Akan tetapi, Facebook sangat mudah digunakan dan pelbagai tujuan ketika penggunaannya. Facebook boleh digunakan untuk produk, kumpulan muzik, syarikat, perniagaan, iklan dan banyak lagi. Maka tidak hairanlah jika Facebook lebih menjadi tumpuan orang ramai dan tidak dinafikan setiap jenis jaringan sosial di atas mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

        


No comments:

Post a Comment