Facebook: May 2012

Monday 21 May 2012

Privasi facebook anda diceroboh?

Macam-macam boleh terjadi. Janganlah anda mudah terpengaruh dengan orang yang tidak dikenali dalam facebook. Anda mungkin jadi mangsa keadaaan seperti pencerobohan akaun dan gambar yang tidak sepatutnya.. Kenali rakan facebook anda ok... Pesanan supaya berhati-hati dalam menambah dan menerima kenalan facebook anda... :)

Statistik facebook di Malaysia

Laman sosial Facebook merupakan yang paling banyak digunakan.  Anda tahu berapa ramai sudah pengguna Facebook di Malaysia sekarang? Dikatakan pengguna Facebook di Malaysia sudah semakin meningkat..... Adakah anda mungkin tergolong dalam senarai pengguna tersebut?? :)

Sunday 20 May 2012

Facebook, dunia muka buku dan peristisnya

Siapa yang boleh meramal masa depan sendiri?

bercerita tentang facebook, atau mungkin ada juga yang menggelarkannya sebagai muka buku (pandangan peribadi saya, sangat janggal bunyinya...hehehe), kita tidak dapat lari dari perintis kepada fenomena ini, iaitu Mark Zuckerberg

Wednesday 16 May 2012

Jaga privasi anda.. :)




Anda mungkin tidak sedar bahawa  privasi dan maklumat anda diceroboh di facebook oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh kes penipuan yang dilakukan oleh ceti haram atau Along menggunakan taktik baru dengan mendapatkan maklumat peribadi orang ramai yang diperoleh menerusi laman sosial Facebook dan menjadikan penjawat awam di Lembah Klang sebagai mangsa mereka.

Oleh itu, jaga privasi dan maklumat peribadi anda dalam Facebook demi keselamatan anda..:)





Kesan Facebook Dalam Kehidupan Harian

       
        Berdasarkan maklumat dari link di bawah, saya mendapati bahawa terdapat beberapa kesan dari penggunaan facebook terutama sekali di negara kita. Antara kesan Facebook kepada kita ialah kurangnya produktiviti dari golongan pekerja. Sibuk menghadap Facebook setiap hari dan seolah-olah sudah menjadi rutin harian bagi kita, sedikit sebanyak mengganggu produktiviti yang kita keluarkan sebagai seorang pekerja mahupun pelajar. Selain itu, krisis rumah tangga, cinta dan kawan juga berkemungkinan akan berlaku dek kerana penggunaan Facebook yang tidak berwaspada.

      Tidak ketinggalan juga ia boleh menggugat keamanan negara terutama sekali bagi yang terlalu taksub terhadap politik sehingga terjadinya pergaduhan dan isu politik. Seterusnya, Facebook juga boleh menjatuhkan maruah dengan memfitnah seseorang melaluinya kerana ia bersifat sangat terbuka. Dan Facebook juga menyebabkan berlakunya penipuan terhadap rakyat negara kita terutama sekali kepada golongan wanita yang ditipu oleh warga asing.
       
       Kesimpulannya, pada pendapat saya Facebook sedikit sebanyak akan mengganggu kehidupan seharian kita malah kita sudah mengganggap ianya sebagai satu rutin wajib yang perlu dibuat setiap hari. Terutama sekali kepada golongan pekerja dan pelajar, dek kerana Facebook semua kerja diketepikan dan akhirnya terbengkalai begitu sahaja. Akan tetapi, ianya tidak akan menjadi satu masalah sekiranya seseorang itu bijak mengatur masa dan serta bijak menggunakannya.

http://ronaldmohoni.com/tag/isu-facebook/

'Chat' di Facebook.. apakah kegunaannya??

facebook juga menawarkan aplikasi 'chat' iaitu berbual secara di atas talian... dengan 'chatting' di facebook, anda boleh berkongsi pengalaman dengan kawan anda secara 1 to 1 dengan kawan di atas talian anda... 'chat' juga boleh dilakukan secara kumpulan apabila anda menjadi ahli dalam sesuatu 'group itu'.. 'chat' secara kumpulan juga boleh membantu anda terutamanya pelajar untuk berbincang mengenai tugasan dan sebagainya.. ini membantu pelajar supaya senang dan mudah untuk memberikan idea.. selain itu, ia juga boleh menjimatkan kos kredit.. hihihi... :)

gambaran apabila anda menggunakan aplikasi 'chat' di facebook....

satu lagiii.... :)

Ini Facebook

Anda kenal ini???.. heheh... ini adalah 'MUKA DEPAN' bagi 'MUKA BUKU"... cara mendapatkan page ini adalah dengan menaip www.facebook.com.. selepas itu, bagi yang telah ada akaun Facebook, boleh terus sign in dan bagi yang belum ada akaun, kenalah daftar dulu yee.... :)

selepas itu, boleh lah bergembira dan berduka dengan melayari Facebook.. enjoy!

KEBAIKAN RANGKAIAN SOSIAL.. (SOCIAL NETWORK)

rangkaian sosial merupakan sebuah kumpulan individu yang bersama dengan kumpulan tertentu...walaupun rangkaian sosial terdapat di mana-mana terutama sekali di sekolah, IPTA, tempat keja, restoran dan banyak lagi, rangkaian secara online adalah yang paling popular sekarang ini berikutan dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat... hal ini demikian kerana, kebanyakan daripada kalangan mereka adalah golongan yang begitu giat aktif bersosial secara di atas talian untuk mengembangkan persahabatan sebagai contoh...

rangkaian sosial adalah berkaitan rapat dengan penggunaan laman web. mempunyai ramai kawan merupakan salah satu contoh kelebihan rangkain sosial secara atas talian. antara kelebihan rangkain sosial adalah kos yang murah. hal ini demikian kerana, menggunakan rangkaian sosial di sekolah, IPTA dan di tempat kerja adalah kebiasaannya percuma...

selain itu, kelebihan rangkaian sosial yang seterusnya adalah membina hubungan... sebagai contoh, di dalam Facebook kita akan berkawan dengan kawan yang lain. hal ini akan membina persahabatan yang ramai tidak kira di dalam ataupun di luar negara... dengan ini, kita juga akan mengenali sikap seseorang itu...

untuk bacaan lanjut, anda boleh lihat link ini.. :)
http://www.everyday-wisdom.com/social-networking.html

Hubung Kait Facebook dengan Perilaku Jenayah



 Hubung kait facebook dan jenayah
Kajian yang dijalankan oleh David S.Wall (2205) menunjukkan bahawa facebook dan perilaku jenayah mempunyai hubung kai anatara satu sama lain. Dewasa ini kita melihat dengan kemudahan teknologi yang muncul maklumat-maklumat yang seharusnya ditapis sukar dikawal.

Sebagai contoh
1        Gambar dan video “porno”yang mudah didapati
2       Penipuan
3        Penyeludupan
4        Pemerdagangan manusia
5         Rogol dan aktiviti seks bebas

Ulasan contoh 5 :
Rogol dan aktiviti bebas berlaku apabila pengguna facebook mudah terpedaya dan meletakkan harapan sepenuhnya dengan perhubungan yang berlaku di “atas talian”.  Hal ini demikian kerana terdpat pengguna facebook yang mempunyai kualiti kehidupan sosial yang sangat rendah seperti mengalami masalah keluarga yang berpecah belah. Timbulnya kurang kasih sayany sehinggakan mudah percaya kepada tipu muslihat dalam “alam maya”. Perkara ini sering berlaku kepada remaja perempuan terutamanya. Oleh itu tiada jalan singkat bagi penyelesaian masalah ini melainkan dengan kerjasama dari semua pihak. Kehidupan yang baik serta persekitaran yang baik juga perlu kita sediakan kepada generasi akan dating bagi membanteras jenayah siber beleluasa.

Maklumat lanjut klik dibawah

FB: Rapatkan Jurang dan Perkaitan Modal Sosial.


Dalam jurnal yang ditulis oleh, Donath and boyd (2004) ia  adalah tentang bagaimana facebook merapatkan hubungan sosial masyarakat di Amerika khususnya golongan pelajar. Facebook juga dilihat membawa beberapa kesan dalam kehidupan penggunanya.Namun penggunaan Facebook dengan modal sosial tidak dijelaskan dengan lanjut.
Contoh:
1) Facebook membantu membina identiti peribadi dan ia dianggap sebagai motif utama.Penggunaan media ini membantu mendapatkan maklumbalas dalam"intrapersonal" dan penerimaan rakan sebaya. Malah, ia turut menyatakan bahawa facebook mempunyai kelainan yang menjadikan penggunanya gemar meninggalkan komen dan menyatakan malah berkongsi setiap maklumat yang kepada rakan lain dalam ‘the wall’.
Facebook juga dilihat memenuhi keperluan  maklumat pengguna.Iatu dari segi ‘new feed’ dan ‘mini feed’. Bagi ‘new feed’ ia adalah berita yang muncul pada laman utama pengguna manakala ‘mini feed’ ia adalah maklumta yang muncul dalam setiap profil individu.
http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1083-6101.2009.01474.x/pdf

Facebook punca Kemurungan


Menurut kajian facebook juga mampu memberikan kesan kemurungan kepada penggunanya.  Kajian ini dilakukan oleh Universiti Stony Brook yang menyatakan bahawa remaja banyak menghabiskan masa dengan melayari laman sosial facebook.

Menurut kajian tersebut juga pengguna facebook gemar untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam facebook. Hal ini demikian kerana facebook juga seperti laman social lain yang tidak menyatakan apa yang berlaku dalam dunia reality. Kerana sifat laman social sendiri yang bersifat “talian alam maya”. Dapatan kajian ini dipersetujui oleh Abby Abolt 16 tahun.

Selain itu, pengguna facebook juga gemar untuk mendapatkan jumlah rakan yang ramai dan mereka akan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan jumlah rakan yang ramai. Menurut  Dr. Joanne Davila dari Universiti Stony Brook masa yang banyak dihabiskan dengan facebook menyebabkan kemurungan berlaku dalam kalangan penggunanya.

Klik link dibawah :
http://berita-harian-online.com/sindrom-kemurungan-facebook-landa-remaja/

Hati-hati menggunakan facebook.


Satu contoh isu berkaitan kesan aplikasi laman sosial, dalam berita Kosmo Online menasihatkan pengguna internet supaya berhati-hati agar tidak meletakkan atau mendedahkan maklumat peribadi diri mereka. Kajian oleh IDC research menemukan bahawa pengguna internet Malaysia dijangka mencecah 20.4 juta pada tahun 2012.
Facebook mendakwa bahawa mereka memiliki 350 juta pengguna di setiap pelosok dunia dan memiliki lebih 10 bilion gambar yang dikongsi dalam pengguna rangkaian sosial. Laman sosial facebook dikunjungi 6.2 juta pengguna internet.
Laporan yang dikeluarkan oleh Sumber Media, Markmonitor bagi suku pertama tahun 2009 menunjukkan peningkatan hampir 240 peratus terhadap serangan phishing di Amerika Syarikat (AS) yang ditujukan terhadap perkhidmatan rangkaian sosial. Phising adalah aktiviti penggodaman internet. Setiap maklumat peribadi tersebut dikatakan boleh dijual di pasaran gelap pada harga AS$1 (RM3.80).Selain itu dari segi keselamatan, privasi dan juga identiti juga adalah sangat ditekankan ketika menggunakan laman facebook. 
 
Selamat membaca..:)

Tuesday 15 May 2012

Facebook:Personaliti dan Motivasi

Jurnal ini memaparkan isu berkaitan dengan personaliti dan motivasi si pengguna facebook.

Facebook adalah merupakan satu alat paling popular untuk komunikasi sosial. Seperti yang kita ketahui facebook adalah agak berbeza daripada rangkaian sosial yang lain kerana ia menunjukkan trend luar talian-ke talian. Malah, terdapat 5 kata kunci yang terdapat dalam jurnal ini iaitu:

1)Personality
2)Computer mediated communication (CMC)
3)Internet Use
4)Facebook
5)five factor model

Personaliti yang dimaksudkan dalam jurnal ini adalah personaliti pengguna facebook dan kecekapan penggunanya. Kita dapat melihat personaliti yang berbeza dalam diri pengguna facebook dan tahap kecekapan penggunaannya juga adalah berbeza.


Selain itu, jurnal ini turut mengulas mengenai penggunaan Social Networking Sites (SNS) bagi seseorang individu adalah untuk mencari orang lain yang berkepentingan sama, sama ada untuk tujuan romantik atau sosial. Saya berkeyakinan tinggi bahawa telah ramai pengguna facebook mengguna facebook sebagai medium mendapatkan teman romantik atau hanya untuk tujuan berkenalan atau sosial.
Untuk tujuan pembacaan lihatlah link ini:
 
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S074756320800235

Facebook Vs Twitter & MySpace


         Facebook, MySpace dan Twitter masing-masing merupakan satu jaringan sosial yang sering digunakan oleh warga seluruh dunia masa kini. Akan tetapi, masing-masing mempunyai fungsi, kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain mengikut kesesuaian penggunaanya.

         MySpace dan Facebook dikatakan mempunyai cara yang mudah bagi sesiapa yang mahukan ruang dalam alam maya atau Internet. MySpace mempunyai kelebihan pada bahagian dinding jaringannya dapat dibina mengikut kreativiti si pengguna, latar belakang yang mantap serta memasukkan lagu ke dalamnya. Selain itu, kedua-duanya juga boleh menerima pesanan dari sesiapa sahaja dan juga dapat menyekat atau menghalang sesiapa sahaja yang dirasakan mengancam dan mengganggu diri kita.

       Tetapi Twitter tidak dapat menandingi Facebook dari segi kemudahannya. Twitter boleh diklasifikasikan sebagai "micro blogging" iaitu merujuk kepada pesanan yang pendek dan saiz yang terhad oleh sistem tersebut. Pesanan yang boleh dihantar hanya terhad kepada 140 karakter sahaja dan ia sangat menjadi kekangan kepada sesiapa yang ingin menyampaikan sesuatu informasi kepada rakan kerana pesanan yang sangat pendek dan informasi sepenuhnya tidak dapat disampaikan.

         Twitter mempunyai kelebihan tertutup berbanding Facebook yang agak terdedah. Akan tetapi, Facebook sangat mudah digunakan dan pelbagai tujuan ketika penggunaannya. Facebook boleh digunakan untuk produk, kumpulan muzik, syarikat, perniagaan, iklan dan banyak lagi. Maka tidak hairanlah jika Facebook lebih menjadi tumpuan orang ramai dan tidak dinafikan setiap jenis jaringan sosial di atas mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

        


FACEBOOK: Jaringan sosial tertinggi di Malaysia

"Social networking sites have quickly become one of the most popular methods of communication (Lusted, 2011)".

        Seperti yang kita tahu, jaringan sosial memang sangat menjadi kegilaan masyarakat pada masa kini.  Malaysia sendiri turut mengalaminya dan tidak ketinggalan dalam mencuba dan menggunakan jaringan sosial yang ada di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace dan banyak lagi.

        Akan tetapi, Facebook telah mengatasi segalanya dan menjadi tempat pertama penggunaannya yang tertinggi di negara kita. Facebook telah mengambil alih kedudukan Friendster yang sebelum ini mendominasi pasaran jaringan sosial di Malaysia dengan populariti penggunaannya. Facebook telah menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat dengan segala kemudahan yang ada padanya seperti berkongsi foto, berkongsi maklumat, mencari kenalan baru, muat turun video dan banyak lagi.

       Malaysia merupakan negara keempat yang tertinggi penggunaan internet dan jaringan sosial. Kadar penembusan jaringan sosial dalam tahap agak tinggi berbanding negara lain. Negara kita telah mengalami perubahan bentuk komunikasi dalam pembentukan masyarakat.
       Tidak hairanlah jika Facebook mendapat kedudukan yang pertama di negara kita mahupun di seluruh dunia kerana ia dapat digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai tujuan iaitu sebagai informasi, komunikasi, perniagaan, pengajaran, pembelajaran, politik, perhubungan awam, iklan dan banyak lagi.
http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/articles/2726/JPMM2010_No2_FinalSitiEzaleilaMustafa&Azizahhamzah.pdf


Monday 14 May 2012

Facebook dan Pemalsuan Identiti

Dewasa ini kita acap kali mendengar berita pemalsuan identiti yang berlaku dalam laman sosial seperti facebook. Mengapa ini berlaku adalah persoalan yang perlu kita rungkaikan. Selebriti merupakan antara insan yang kerap kali mengalami perkara ini. Melalui kecanggihan teknologi kita dapat melihat betapa mudah nya seseorang menyamar atau menukar identiti. Hal ini demikian kerana, gambar selebriti mudah didapati melalui laman sosial dan sukar untuk seseorang selebriti untuk menyekat perbuatan penyamaran identiti ini.Selain itu perkhidmatan pendaftaran yang percuma memudahkan sesiapa sahaja untuk mencipta akaun baru untuk apa sahaja tujuan. Antara selebriti yang pernah mengalami maslah ini adalah Muhamad Haslam Abd Rahman atau Alam, Vanida Imran, Jehan Miskin dan sebagainya. Kesan daripada masalah ini, selebriti ini menerima tamparan hebat dari segi maruah dan tanggapan negatif daripada peminat. 

Kenapa ianya berlaku?? Adakah salah teknologi itu sendiri yang memudahkan segala urusan?? 

“McLuhan famously thought that the media are extension of the human sense”( Understanding New Media,2012, Eugenia Sapera, Sage Publication)"

Menurut McLuhan teknologi seperti media merupakan alat bagi manusia untuk mencari sesuatu, membuat sesuatu dengan mudah. Namun pada pendapat saya, self-regulation adalah perkara asas yang sangat penting kepada individu semasa menggunakan laman sosial. Sel-regulation akan membantu seseorang untuk mendisiplin kan diri semasa menggunakan laman sosial. Gejala pemalsuan identiti bukan disebabkan teknologi tetapi mereka yang mempunyai self-regulation yang rendah sering kali melakukan masalah ini untuk kepentingan sendiri. 





Facebook sebagai medium menyampaikan mesej alam sekitar

Penggunaan facebook juga amat membantu dalam menyebarkan mesej berkepentingan kepada orang ramai. Sebagai contoh, dalam artikel ini, kajian menyatakan penggunaan facebook dalam menyebarkan dan mempromosikan mesej tentang alam sekitar kepada orang ramai.
Oleh kerana, terdapatnya peningkatan dalam penggunaan facebook, maka haruslah bijak menggunakan laman sosial sebagai penyebar kepada mesej umum kepada orang ramai. Penggunaan facebook ternyata boleh mempengaruhi orang ramai dengan berkongsi video,ataupun gambar berkaitan alam sekitar.
Usaha yang diambil oleh badan ENGO ini merupakan salah satu permulaan yang baik.

Sunday 13 May 2012

KENALI FACEBOOK DAN PENGGUNAANNYA....

bagi anda yang telah memiliki akaun facebook, ini adalah panduan untuk anda... artikel ini menerangkan setiap satu 'muka' yang terdapat di dalam Facebook... antaranya adalah mengenai Gambar Profile, tetapan privasi, maklumat profil, dinding pengguna, mencari kenalan, album foto dan video, kumulan, acara, status dan mudah alih.... maklumat ini adalah berguna untuk kita yang menggunakan facebook...

Baik dan Buruk Facebook


Laman sosial Facebook bukan sahaja membawa kebaikan malah juga ada keburukannya.. oleh itu, pengguna Facebook harus tahu cara menggunakan Facebook dengan betul dan berhati-hati menggunakannya... renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

Kita lihat di sini.. http://www.searchinpdf.com/OBSES-DENGAN-LAMAN-WEB-SOSIAL-Gunners-S