Facebook: Facebook:Personaliti dan Motivasi

Tuesday 15 May 2012

Facebook:Personaliti dan Motivasi

Jurnal ini memaparkan isu berkaitan dengan personaliti dan motivasi si pengguna facebook.

Facebook adalah merupakan satu alat paling popular untuk komunikasi sosial. Seperti yang kita ketahui facebook adalah agak berbeza daripada rangkaian sosial yang lain kerana ia menunjukkan trend luar talian-ke talian. Malah, terdapat 5 kata kunci yang terdapat dalam jurnal ini iaitu:

1)Personality
2)Computer mediated communication (CMC)
3)Internet Use
4)Facebook
5)five factor model

Personaliti yang dimaksudkan dalam jurnal ini adalah personaliti pengguna facebook dan kecekapan penggunanya. Kita dapat melihat personaliti yang berbeza dalam diri pengguna facebook dan tahap kecekapan penggunaannya juga adalah berbeza.


Selain itu, jurnal ini turut mengulas mengenai penggunaan Social Networking Sites (SNS) bagi seseorang individu adalah untuk mencari orang lain yang berkepentingan sama, sama ada untuk tujuan romantik atau sosial. Saya berkeyakinan tinggi bahawa telah ramai pengguna facebook mengguna facebook sebagai medium mendapatkan teman romantik atau hanya untuk tujuan berkenalan atau sosial.
Untuk tujuan pembacaan lihatlah link ini:
 
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S074756320800235

3 comments:

  1. Personaliti dan isu mengenai FB




    Selain itu, jurnal ini juga mengkaji akan isu-isu yang melibatkan penggunaan Facebook dalam kalangan masyarakat.Tujuan asal bagi kehadiran ‘social networking’ ini iaitu facebook adalah membenarkan pelajar universiti untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan sosial yang berkaitan dengan pengalaman dan pembelajaran universiti. (Ellison et al., 2007). Kita dapat lihat bahawa rata-rata pengguna facebook adalah dalam kalangan pelajar tidak kira institusi awam mahupun swasta.
    Antara isu yang sering timbul berkenaan dengan facebook ini adalah mengenai pendedahan identiti dan privasi pengguna. Isu ini dapat dikaitakan dengan ‘new media and identity’. Semua yang dipaparkan dalam facebook tidak boleh diterima dan dipercayai sepenuhnya.
    Dalam jurnal ini ia memparkan bahawa personaliti mempengaruhi penggunaan facebook. Sebagai contoh, ciri-ciri personaliti seperti introversi dan extraversion telah dijumpai untuk memainkan peranan penting dalam pengalaman komunikasi dalam talian yang lain (misalnya, [Butt dan Phillips, 2008] dan [Kraut et al, 2002]).

    http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S074756320800235

    ReplyDelete
  2. Penambahan bagi isu personaliti pengguna facebook dalam jurnal ini adalah seperti berikut:
    1)Neuroticism
    2)Extraversion
    3)Kertebukaan untuk pengalaman
    4)Agreeableness
    5)Conscientiousness,
    Selain terdapat perbezaan dalam kelima faktor personaliti pengguna,jurnal ini turut berkaitan dengan CMC.

    ReplyDelete
  3. Dalam pandangan saya, Facebook boleh menyebabkan seseorang yang pendiam dan malu menonjolkan personaliti sebenarnya. Seseorang yang pendiam hanya berasa selesa apabila berkomunikasi dengan ahli keluarga atau kawan rapat mereka dengan menunjukkan personaliti yang sebenar. Tetapi, apabila berkomunikasi secara bersemuka dengan orang yang tidak dikenali atau tidak rapat, mereka kurang cakap dan tidak selesa menonjolkan identiti yang benar. Sebaliknya, semasa berkomunikasi dengan kawan yang tidak rapat atau tidak kenali melalui media sosial seperti Facebook, mereka banyak berinteraksi, menjadi seorang yang aktif dan pandai bergurau berbanding berkomunikasi secara bersemuka.

    ReplyDelete