Facebook: Isu keagamaan dalam facebook.

Wednesday 13 June 2012

Isu keagamaan dalam facebook.



Tidak dapat dinafikan bahawa facebook merupakan tempat untuk sesetengah individu mengeluarkan pendapat, bertanyakan soalan malah meluahkan perasaan. Tidak kiralah suka atau duka, geram atau tidak semua isi hati akan dinyatakan di dalam facebook. Namun apa yang menyedihkan adalah terdapat segelintir pengguna facebook yang “jahil”. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengguna facebook yang menggunakan bahasa yang kesat, menghina agama lain, menggunakan untuk menjatuhkan orang lain. Perkara ini berlaku kerana mereka beranggapan bahawa facebook tersebut adalah hak milik mereka dan tidak ada sesiapa yang boleh menidakkan setiap tindakan yang dilakukan.
Harus difahami bahawa facebook merupakan laman sosial yang sama seperti teknologi yang lain iaitu mampu “digodam” untuk mendapatkan maklumat. Malah teman-teman di dalam facebook mempunyai peluang untuk melakuakan “copy and paste” setiap daripada tindakan yang kita lakukan untuk dijadikan bahan bukti kepada sesuatu kesalahan. Oleh hal yang demikian pengguna facebook seharusnya lebih peka dengan penggunaan perkataan. Harus difahami juga bahawa isu keagamaan merupakan isu yang sensetif dan jangan sesekali dinyatakan di mana-mana laman sosial.
Sebarang persoalan yang berkaitan dengan agama hendaklah disuarakan kepada mereka yang lebih pakar dengan berjumpa secara bersemuka dan bukannya dinyatakan did lam facebook atau laman sosial yang lain. Melalui tindakan ini akan hanya menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan akan menimbulkan huru-hara dalam masyarakat.
Melalui bacaan saya individu tersebut mungkin mempunyai kecelaruan dalam mendapatkan maklumat dan terlalu taksub dengan kepercayaan nya sendiri terhadap agama yang di anutinya. Sehinggakan dia menidakkan kewujuddan Allah malah dia juga mempersendakan Allah dalam komen nya. Satu lagi artikel yang menghina Nabi Muhammad juga boleh dijadikan sebagai ikhtibar.  Tindakan yang dilakukan oleh keduanya telah menimbulkan amarah dalam kalangan pengguna facebook yang beragama islam. Kesimpulannya memahami kuasa yang ada pada teknologi adalah harus bagi pengguna nya agar lebih peka dengan keadaan sekeliling dan tidak hanya melakukan tindakan secara “membabi buta”. Yang baik jadikan ikhtibar yang buruk jadikan sempadan J

No comments:

Post a Comment