Facebook: AWAS! Jangan mudah percaya...

Sunday 10 June 2012

AWAS! Jangan mudah percaya...



       Berkenalan melalui Facebook??? Tidak salah untuk berkenalan dalam menambahkan rakan, tetapi haruslah berhati-hati jangan sampai terlalu mudah untuk percaya kenalan melalui alam maya. Remaja pada masa kini sangat aktif dalam mencari kenalan dan pasangan melalui laman sosial ini. Mereka mengambil mudah akan perkara tersebut tanpa memikirkan risiko yang mereka ambil. Lebih-lebih lagi bagi yang belum pernah merasakan nikmat bercinta, pasti akan jatuh dan tergoda dengan kenalan alam mayanya. Itulah puncanya perkara seperti kes rogol, menipu duit dan sebagainya terjadi dek kerana sikap mudahnya mempercayai seseorang melalui Facebook.
            Dalam hal ini juga, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mengawal pergerakan anak-anak terutamanya golongan remaja kerana pemikiran mereka masih mentah dan tidak tahu akan risiko yang berada didepan mata mereka yang mereka sendiri tidak tahu.

Jom...baca dan renungkan kisah ini. 

2 comments:

  1. Saya bersetuju dengan pandangan bahawa berkenalan di facebook adalah tidak salah. Individu itu sendiri haruslah bijak memilih teman yang sesuai untuk berkenalan dan akhir sekali jangan mudah terpedaya dengan mereka yang langsung tidak dikenali. Siasat dahulu sebelum kenal....:)

    ReplyDelete
  2. pada pendapat saya, setiap orang haruslah bijak menggunakan Facebook.. untuk menambah kenalan, tidak salah, tetaoi haruslah berhati... remaja yang berusia dalam lingkungan 13 - 17 tahun cenderung untuk bertindak di luar pemikiran mereka... mereka beraa seronok mempunyai kenalan yang ramai di Facebook, dan merasa bangga jika ada ramai jejaka yang ingin menjadi rakan mereka... mereka juga lebig cenderung untuk mempercayai dan menerim cinta yang ditawarkan oleh lelaki itu... tidak kurangnya dengan gadis masa kini juga, ada antara mereka yang berasa rendah diri kerana tidak memounyai kekasih.. maka mereka mengambil jalan mudah untuk menerima cinta yang ditawarkan oleh 'kekasih siber; itu... maka, brehati-hati lah dalam memilih rakan jangan sampai maruah diri anda tergadai...

    ReplyDelete