Facebook adalah merupakan laman sosial yang amat popular sekarang. Facebook mula diperkenalkan pada 4 Februari oleh Mark Zuckerberg sebagai media untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain bagi para mahasiswa Harvard. Terdapat pelbagai isu, kisah suka dan duka akibat daripada Facebook. Mari kita kupas sedalam-dalamnya mengenai Facebook.. jomm...
Monday, 21 May 2012
Privasi facebook anda diceroboh?
Macam-macam boleh terjadi. Janganlah anda mudah terpengaruh dengan orang yang tidak dikenali dalam facebook. Anda mungkin jadi mangsa keadaaan seperti pencerobohan akaun dan gambar yang tidak sepatutnya.. Kenali rakan facebook anda ok... Pesanan supaya berhati-hati dalam menambah dan menerima kenalan facebook anda... :)
Statistik facebook di Malaysia
Laman sosial Facebook merupakan yang paling banyak digunakan. Anda tahu berapa ramai sudah pengguna Facebook di Malaysia sekarang? Dikatakan pengguna Facebook di Malaysia sudah semakin meningkat..... Adakah anda mungkin tergolong dalam senarai pengguna tersebut?? :)
Sunday, 20 May 2012
Facebook, dunia muka buku dan peristisnya
Siapa yang boleh meramal masa depan sendiri?
bercerita tentang facebook, atau mungkin ada juga yang menggelarkannya sebagai muka buku (pandangan peribadi saya, sangat janggal bunyinya...hehehe), kita tidak dapat lari dari perintis kepada fenomena ini, iaitu Mark Zuckerberg

Wednesday, 16 May 2012
Jaga privasi anda.. :)
Anda mungkin tidak sedar bahawa privasi dan maklumat anda diceroboh di facebook oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh kes penipuan yang dilakukan oleh ceti haram atau Along menggunakan taktik baru dengan mendapatkan maklumat peribadi orang ramai yang diperoleh menerusi laman
sosial Facebook dan menjadikan penjawat awam di Lembah Klang sebagai
mangsa mereka.
Oleh itu, jaga privasi dan maklumat peribadi anda dalam Facebook demi keselamatan anda..:)
Kesan Facebook Dalam Kehidupan Harian
Berdasarkan maklumat dari link di bawah, saya mendapati bahawa terdapat beberapa kesan dari penggunaan facebook terutama sekali di negara kita. Antara kesan Facebook kepada kita ialah kurangnya produktiviti dari golongan pekerja. Sibuk menghadap Facebook setiap hari dan seolah-olah sudah menjadi rutin harian bagi kita, sedikit sebanyak mengganggu produktiviti yang kita keluarkan sebagai seorang pekerja mahupun pelajar. Selain itu, krisis rumah tangga, cinta dan kawan juga berkemungkinan akan berlaku dek kerana penggunaan Facebook yang tidak berwaspada.
Tidak ketinggalan juga ia boleh menggugat keamanan negara terutama sekali bagi yang terlalu taksub terhadap politik sehingga terjadinya pergaduhan dan isu politik. Seterusnya, Facebook juga boleh menjatuhkan maruah dengan memfitnah seseorang melaluinya kerana ia bersifat sangat terbuka. Dan Facebook juga menyebabkan berlakunya penipuan terhadap rakyat negara kita terutama sekali kepada golongan wanita yang ditipu oleh warga asing.

Kesimpulannya, pada pendapat saya Facebook sedikit sebanyak akan mengganggu kehidupan seharian kita malah kita sudah mengganggap ianya sebagai satu rutin wajib yang perlu dibuat setiap hari. Terutama sekali kepada golongan pekerja dan pelajar, dek kerana Facebook semua kerja diketepikan dan akhirnya terbengkalai begitu sahaja. Akan tetapi, ianya tidak akan menjadi satu masalah sekiranya seseorang itu bijak mengatur masa dan serta bijak menggunakannya.
http://ronaldmohoni.com/tag/isu-facebook/
'Chat' di Facebook.. apakah kegunaannya??
facebook juga menawarkan aplikasi 'chat' iaitu berbual secara di atas talian... dengan 'chatting' di facebook, anda boleh berkongsi pengalaman dengan kawan anda secara 1 to 1 dengan kawan di atas talian anda... 'chat' juga boleh dilakukan secara kumpulan apabila anda menjadi ahli dalam sesuatu 'group itu'.. 'chat' secara kumpulan juga boleh membantu anda terutamanya pelajar untuk berbincang mengenai tugasan dan sebagainya.. ini membantu pelajar supaya senang dan mudah untuk memberikan idea.. selain itu, ia juga boleh menjimatkan kos kredit.. hihihi... :)
gambaran apabila anda menggunakan aplikasi 'chat' di facebook....
satu lagiii.... :)
gambaran apabila anda menggunakan aplikasi 'chat' di facebook....
satu lagiii.... :)
Ini Facebook
Anda kenal ini???.. heheh... ini adalah 'MUKA DEPAN' bagi 'MUKA BUKU"... cara mendapatkan page ini adalah dengan menaip www.facebook.com.. selepas itu, bagi yang telah ada akaun Facebook, boleh terus sign in dan bagi yang belum ada akaun, kenalah daftar dulu yee.... :)
selepas itu, boleh lah bergembira dan berduka dengan melayari Facebook.. enjoy!
selepas itu, boleh lah bergembira dan berduka dengan melayari Facebook.. enjoy!
Subscribe to:
Posts (Atom)