adakah anda tergolong antara salah seorang yang tertagih dengan Facebook?.. adakah anda berjaya untuk mengawal diri anda daripada melayari Facebook?.... dengan kemudahan yang ada, anda boleh mengakses facebook melalui handphone... dengan hanya bila-bila masa sahaja anda boleh men'update' status dan memberi komen di status rakan anda...
apakah perkara pertama yang anda lakukan setiap kali bangun pagi?.. ambil telefon bimbit dan menyemak facebook?... itu bukan perkara yang mustahil... kadang-kadang saya juga berbuat begitu, tetapi bukan lah tertagih, hanyalah sebagai "senaman" untuk bangun pagi... :-)..
untuk mengenalpasti adakah ANDA SEORANG YANG TERTAGIH dengan Facebook, boleh lihat langkah-langkah dan tips yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri dari menjadi pengguna Facebook yang tegar...
Facebook adalah merupakan laman sosial yang amat popular sekarang. Facebook mula diperkenalkan pada 4 Februari oleh Mark Zuckerberg sebagai media untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain bagi para mahasiswa Harvard. Terdapat pelbagai isu, kisah suka dan duka akibat daripada Facebook. Mari kita kupas sedalam-dalamnya mengenai Facebook.. jomm...
Tuesday, 12 June 2012
warga nigeria menipu di laman sosial...
sejak akhir-akhir ini, seringkali kita lihat dan dengar berita mengenai penipuan oleh warga Nigeria di laman sosial.. penipuan adalah dalam bentuk percintaan, wang dan sebagainya...
merek dikatakan menjalinkan hubungan dengan wanita yang bersatatus janda dan kaya yang berusia 30 dan 50 tahun.... setelah dapat meyakinkan mangsa dengan kata-kata pujangga yang boleh mencairkan hati mana-mana wanita, mereka akan melakukan tindakan yang seterusnya iaitu membuat temujanji di suatu tempat.... melalui kes yang berlaku di Singapura, sumber kosmo online, setelah warga Nigeria itu membuat temujanji untuk berjumpa di Singpura, warga Nigeria itu akan menyatakan bahawa dia ditahan dalam pemeriksaan pintu masuk negara sebelum meminta mangsa memasukkan sejumlah wang yang kononnya sebagai bayaran denda atau suapan bagi membebaskannya....
akibat terlalu sayang dan percaya, mangsa tanpa berfikir terlebih dahulu akn terus memasukkan wang ke dalam akaun kekasihnya itu sebelum menyedari dia telah ditipu...
oelh itu, berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan orang yang kita baru kenali... kerana kemudian hari nanti, ianya mungkin boleh membawa padah kepada kita....
facebook boleh membawa padah!
kini, seringkali kita dengan dan lihat samada melalui berita di TV, radio atau suratkhabar mengenai kes-kes yang melibatkan facebook,.. dengan tersebarnya kes-kes ini, masih ada lagi remaja di luar sana yang tidak mengambil pengajaran melalui peristiwa malang yang berlaku sekarang,.... sepatutnya mereka mengambil iktibar daripada kes-kes ini supaya kejadian yang tidak diinginit dapat dielakkan.... melalui perkenalan di Facebook, ada yang tertipu dengan kata-kata manis dan juga janji-janji manis yang dinyatakan oleh pihak sebelah.... pengguna Facebook mudah terpedaya dengan janji manis dan kata-kata cinta yang dikatakan oleh lelaki-lelaki miang di facebook....
malah lebih menyedihkan lagi, bila ada kes di mana gadis tersebut sanggup menipu ibu untuk keluar bersama teman lelaki nya... teman lelaki tersebut adalah hasil perkenalan di Facebook... gadis tersebut telah dirogol dan dipaksa untuk melayan beberapa orang lagi sahabat lelaki tersebut....
oleh itu, gadis-gadis diluar sana, jangan lah terlalu percaya dengan orang yang baru dikenali, lebih-lebih lagi yang dikenali di laman sosial.... kerana di dalam laman sosial, kita tidak tahu apakah perangai dan sikap sebenar orang tersebut... untuk tidak menjadi mangsa kejadian, berhati-hati lah semasa menggunakan Facebook.....
malah lebih menyedihkan lagi, bila ada kes di mana gadis tersebut sanggup menipu ibu untuk keluar bersama teman lelaki nya... teman lelaki tersebut adalah hasil perkenalan di Facebook... gadis tersebut telah dirogol dan dipaksa untuk melayan beberapa orang lagi sahabat lelaki tersebut....
oleh itu, gadis-gadis diluar sana, jangan lah terlalu percaya dengan orang yang baru dikenali, lebih-lebih lagi yang dikenali di laman sosial.... kerana di dalam laman sosial, kita tidak tahu apakah perangai dan sikap sebenar orang tersebut... untuk tidak menjadi mangsa kejadian, berhati-hati lah semasa menggunakan Facebook.....
Sunday, 10 June 2012
Pengguna FB meningkat dari semasa ke semasa:
Pengguna FB pada hari ini dilihat meningkat dari masa ke semasa. Menurut halaman Socialbakers pengguna FB adalah seramai 700 juta bagi seluruh negara. Kajian juga membuktikan pengguna di Brazil membuka akaun sebanyak 1,949,700, dan menjadikan ia negara paling tinggi membuat pendaftaran dan memasuki alam FB pada Mei 2011. Manakala, Indonesia, Filipina, Mexico, Argentina dan India merupakan antara 6 buah negara yang mengetengahkan ahli-ahli yang menyukai rangkaian sosial merujuk kepada 'signup data'.
Ancaman kepada rumahtangga - Facebook

Berdasarkan statistik, kira-kira 68% pasangan yang berkahwin di seluruh dunia berdepan dengan masalah kecurangan pasangan gara-gara wujudnya laman itu dan tanpa disedari ia juga menyebabkan hubungan antara pasangan semakin renggang kerana kurangnya sudah komunikasi antara mereka.
Facebook merupakan ancaman kepada sesiapa yang mempunyai pasangan terutamanya pasangan suami isteri. Melalui Facebook pasangan suami isteri boleh bergaduh, berlakunya penceraian dan banyak lagi. Kita semua sedari bahawa Facebook mampu mempertemukan kita dengan kenalan lama, tidak ketinggalan bekas kekasih. Tetapkan iman dan hati, setia pada yang satu. :p
Renung-renungkan dan selamat membaca ^.^v
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ancamanketagihanfb/Article/index_html
AWAS! Jangan mudah percaya...
Berkenalan melalui Facebook??? Tidak salah untuk berkenalan dalam
menambahkan rakan, tetapi haruslah berhati-hati jangan sampai terlalu
mudah untuk percaya kenalan melalui alam maya. Remaja pada masa kini
sangat aktif dalam mencari kenalan dan pasangan melalui laman sosial
ini. Mereka mengambil mudah akan perkara tersebut tanpa memikirkan
risiko yang mereka ambil. Lebih-lebih lagi bagi yang belum pernah
merasakan nikmat bercinta, pasti akan jatuh dan tergoda dengan kenalan alam
mayanya. Itulah puncanya perkara seperti kes rogol, menipu duit dan sebagainya terjadi dek kerana sikap mudahnya mempercayai seseorang melalui Facebook.
Dalam hal ini juga, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mengawal pergerakan anak-anak terutamanya golongan remaja kerana pemikiran mereka masih mentah dan tidak tahu akan risiko yang berada didepan mata mereka yang mereka sendiri tidak tahu.
Jom...baca dan renungkan kisah ini.
Pengaruh Laman sosial Facebook
Melayari facebook untuk berhubung sememangnya suatu pekara yang mengasyikkan. Statistik mengatakan lebih 800 juta pengguna aktif FB dan separuh daripadanya melayari laman itu setiap hari. pelbagai pengaruh yang datang daripada FB ini sama ada positif mahupun negatif. Jenayah siber turut dikaitkan dengan penggunaan FB. Pelbagai isu dikaitkan dengan pengaruh FB contoh pornografi, buli siber dan sebagainya. Pengguna FB perlu ada etika dan peraturan. tepuk dada tanya selera....=)
Subscribe to:
Posts (Atom)

