Facebook: Facebook sebagai medium menyampaikan mesej alam sekitar

Monday 14 May 2012

Facebook sebagai medium menyampaikan mesej alam sekitar

Penggunaan facebook juga amat membantu dalam menyebarkan mesej berkepentingan kepada orang ramai. Sebagai contoh, dalam artikel ini, kajian menyatakan penggunaan facebook dalam menyebarkan dan mempromosikan mesej tentang alam sekitar kepada orang ramai.
Oleh kerana, terdapatnya peningkatan dalam penggunaan facebook, maka haruslah bijak menggunakan laman sosial sebagai penyebar kepada mesej umum kepada orang ramai. Penggunaan facebook ternyata boleh mempengaruhi orang ramai dengan berkongsi video,ataupun gambar berkaitan alam sekitar.
Usaha yang diambil oleh badan ENGO ini merupakan salah satu permulaan yang baik.

3 comments:

  1. Dalam kajian Jauhariatul Akmal dan Jamilah Ahmad, mereka menemukan bahawa badan bukan kerajaan ENGO banyak menggunakan Facebook sebagai salah satu medium untuk menyampaikan mesej alam sekitar kepada masyarakat umum. Hasil kajian mereka mendapati bahawa Facebook dapat membantu dalam menyebarkan mesej alam sekitar kepada orang awam memandangkan penggunaannya yang semakin meningkat.
    Menurut (Pingdom, 2010 ; Facebook.com, 2010) Pengguna Facebook seluruh dunia menjangkau 500 juta pengguna aktif. (dlm. Jauhariatul Akmal dan Jamilah Ahmad).
    Antara badan ENGO yang terlibat adalah Global Environment Centre (GEC), World Wide Fund for Nature Malaysia (WWFM), Water Watch Penang (WWP) dan Malaysian Society of Marine Science (MSMS).
    Oleh itu, dapat kita lihat disini adalah antara kesan positif yang boleh digunakan dalam facebook seperti bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam. Ini merupakan salah satu usaha awal yang digunakan untuk tujuan yang baik.

    ReplyDelete
  2. usaha yang dilakukan oleh NGO dalam menyampaikan mesej penjagaan alam persekitaran adalah sangat baik. hal ini demikian kerana Facebook dewasa ini merupakan satu laman sosial yang berada di "rangking" yang tertinggi berbanding laman sosial lain. hubung kait nya disini apabila pihak NGO cuba melakukan usaha ini dan saya rasa mesej ini mampu sampai ke hati pengguna facebook kerana majoriti masyarakat masa kini mempunyai akaun facebook. kesedasran tentang pencemaran alam sekitar juga perlu diberi pendedahan yang bayak. pencemaran bukan hanaya dari bahan buangan, tetapi juga disebabkan oleh peggunaan teknoloi seperti televisyen, radio dan juga komputer anda. oleh itu, usaha ini harus diketengahkan.

    ReplyDelete
  3. Pengguna media sosial seperti Facebook menyampaikan mesej memang sangat berkesan. Hal ini disebabkan, penggunaan Facebook telah menjadi satu budaya yang popular bukan sahaja di kalangan orang muda malah kalangan orang tua juga. Ibubapa kawan saya juga pandai melayari Facebook. Mereka merupakan generasi tua yang lebih moden. Ramai peniaga seperti penjual makanan atau peniaga yang menyediakan servis cuci kereta mempromosikan perniagaan mereka melalui Facebook. Peniaga ataupun pengiklan tidak perlu bayar kos pengiklanan jika mereka mengguna media sosial menyebar mesej tentang produk atau servis mereka kepada orang ramai. Selain itu, media sosial memudahkan penggunanya berkongsi maklumat atau isu-isu yang hangat dengan orang ramai dalam beberapa minit. Kita boleh mendapat isu baru selepas satu jam isu tersebut berlaku. Tetapi, kita pelu berhati-hati semasa membaca maklumat atau mesej yang disebar melalui media sosial. Kadang-kala, isu atau mesej yang disebar adalah tidak tepat atau hanya satu cerita palsu yang dibuat oleh pengguna yang tidak beretika.

    ReplyDelete